1 Oleh itu apakah kelebihan seorang Yahudi, dan apakah manfaat persunatan? 2 Sungguh banyak dalam segala hal! Terutamanya kerana Firman Allah dipercayakan kepada mereka.
3 Jika sesetengah mereka tidak beriman, adakah ini menjadikan kesetiaan Allah tidak berkesan? 4 Sama sekali tidak! Allah tetap benar biarpun setiap manusia itu pembohong. Sebagaimana tersurat:
9 Jadi bagaimana? Adakah kita lebih baik daripada mereka? Tidak sekali-kali. Kerana dahulu kita telah mengatakan bahawa baik orang Yahudi mahupun bukan Yahudi semuanya berada di bawah kuasa dosa. 10 Sebagaimana tersurat:
21 Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat, kebenaran Allah telah dinyatakan. Hukum Taurat dan para nabi telah memberikan kesaksian tentang hal itu. 22 Kebenaran Allah hanya melalui iman kepada Isa al-Masih. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapapun. 23 Kerana semua manusia berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. 24 Namun, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Isa al-Masih. 25 Allah menjadikan Isa al-Masih korban pendamaian supaya dengan kematian Isa, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka. 26 Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan kebenaran-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Isa.
27 Dengan demikian, apakah yang dapat dibanggakan? Tidak ada sama sekali! Adakah melalui ketaatan akan hukum Taurat? Tidak, tetapi melalui iman. 28 Kerana kami yakin bahawa manusia diperbenar atas iman kepada Isa al-Masih, bukan kerana dia mengamalkan apa yang diwajibkan oleh hukum Taurat. 29 Atau adakah Allah itu Tuhan orang Yahudi sahaja? Pasti tidak. Dia Tuhan bangsa-bangsa lain juga. 30 Allah itu Esa. Dia memperbenar orang yang bersunat melalui iman mereka. Demikian juga Dia memperbenar orang yang tidak bersunat melalui iman mereka. 31 Maka adakah kita memansuhkan hukum Taurat dengan iman? Sama sekali tidak! Malah kita menegakkan Taurat.
<- Rom 2Rom 4 ->