1 Demikian juga kamu, isteri, berserahlah kepada suamimu. Dengan demikian, suami yang tidak percaya kepada firman Allah dapat ditarik untuk percaya tanpa sepatah kata, hanya dengan kelakuan isterinya 2 ketika mereka melihat betapa murni dan salihnya hidupmu. 3 Janganlah hiasi dirimu di luar sahaja – mendandan rambut, memakai emas atau pakaian indah. 4 Hiasilah batinmu, dengan keindahan yang tidak dapat dimusnahkan, iaitu bersikap lembut dan tenang, yang sangat berharga di sisi Allah. 5 Demikianlah hiasan perempuan zaman dahulu yang salih dan berharap pada Allah. Mereka berserah kepada suami, 6 seperti Sarah yang taat kepada Ibrahim dan memanggilnya tuan. Kamu adalah anak-anak perempuan Sarah jika kamu berbuat baik dan tidak takut apa-apa.
7 Suami, kamu juga hendaklah hidup bersama isterimu dengan sikap mengerti. Berilah penghormatan kepada isteri sebagai kaum yang lebih lemah dan sebagai rakan pewarismu yang sama-sama menerima kasih kurnia hidup. Dengan demikian doamu kepada Allah tidak akan terhalang.
8 Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik. 9 Jangan balas kejahatan dengan kejahatan atau celaan dengan celaan. Sebaliknya balaslah dengan memohon Allah memberkati mereka. Kamu mengetahui bahawa Allah telah memanggilmu supaya kamu mendapat berkat kelak. 10 Kerana,
21 Air bah itu melambangkan pengimadan yang sekarang menyelamatkan kita, pengimadan – bukan pembersihan kotoran badan tetapi sambutan hati nurani yang suci terhadap Allah – melalui pembangkitan Isa al-Masih daripada kematian. 22 Dia telah pergi ke syurga dan sekarang berada di kanan Allah. Para malaikat, penguasa dan pemerintah telah diletakkan di bawah-Nya.
<- 1 Petrus 21 Petrus 4 ->
Languages