1 Korintus
1 Daripada Paulus yang dengan kehendak Allah telah dilantik sebagai Rasul Isa al-Masih, dan daripada Sostenes, saudara kita;
4 Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu, sebab Dia telah menganugerahimu kasih kurnia dalam Isa al-Masih. 5 Oleh sebab di dalam Isa al-Masih, kamu telah diperkayakan dalam segala hal: dalam segala perkataan dan dalam segala pengetahuan; 6 bahkan kesaksian tentang al-Masih telah diperkukuh dalam dirimu, 7 sehingga kamu tidak kekurangan satu kurnia pun sementara menunggu Junjungan kita Isa al-Masih dinyatakan. 8 Dia akan menguatkanmu hingga akhir supaya kamu tidak bercela pada hari Junjungan kita Isa al-Masih. 9 Allah setia. Allah telah memanggilmu hidup dalam keakraban dengan Putera-Nya, Isa al-Masih, Junjungan kita.
10 Saudara-saudaraku! Demi nama Junjungan kita Isa al-Masih aku berseru kepada kamu semua supaya seia sekata dan tidak wujud perpecahan. Dengan demikian, kamu bersatu hati dan fikiran sepenuhnya. 11 Saudara-saudaraku, beberapa orang anggota keluarga Kloe telah menyatakan kepadaku bahawa berlaku sengketa antara kamu. 12 Inilah yang kumaksudkan: Ada orang yang berkata, ‘Aku mengikut Paulus’; ada yang berkata, ‘Aku mengikut Apolos’; ada yang berkata, ‘Aku mengikut Petrus’; dan ada pula yang berkata, ‘Aku mengikut al-Masih.’
13 Adakah al-Masih berbelah-bahagi? Bukannya Paulus yang mati di kayu salib untukmu! Bukanlah sebagai pengikut Paulus kamu telah diimadkan! 14 Aku bersyukur kepada Allah kerana aku tidak mengimadkan kamu, kecuali Krispus dan Gayus. 15 Oleh itu tiada siapapun dapat mengatakan kamu diimadkan dalam namaku. 16 (Sebenarnya, aku juga mengimadkan Stefanus sekeluarga. Selain itu, aku tidak ingat siapakah lagi yang kuimadkan.) 17 Al-Masih mengutusku bukan untuk mengimadkan orang, tetapi untuk menyebarkan Injil. Aku menyampaikannya bukan dengan kata-kata kebijaksanaan manusia. Dengan demikian salib al-Masih tidak menjadi sia-sia.
18 Bagi mereka yang akan binasa, berita tentang salib dianggap suatu kebodohan. Namun, bagi kita yang diselamatkan Allah, berita itu menunjukkan kekuasaan-Nya. 19 Telah tersurat:
26 Saudara-saudara! Fikirkan keadaanmu ketika Allah memanggilmu. Di mata manusia, tidak ramai daripadamu yang bijak, atau berkuasa, atau bangsawan. 27 Sememangnya Allah memilih orang yang bodoh di dunia untuk memalukan orang yang bijak. Allah memilih orang yang lemah di dunia, untuk memalukan orang yang kuat. 28 Allah memilih yang rendah dan dihina di dunia bahkan yang tidak ada untuk meniadakan yang ada. 29 Oleh itu, tiada siapapun dapat bermegah di hadapan Allah. 30 Oleh sebab Allah, kamu berada dalam Isa al-Masih. Allah telah membuat Dia menjadi kebijaksanaan bagi kita, dan melalui Dia, Allah memperbenar, menyucikan, serta menebus kita. 31 Dengan demikian, sebagaimana telah tersurat, ‘Jika sesiapa bermegah, maka hendaklah dia bermegah di dalam Tuhan.’
1 Korintus 2 ->